Matlamat MBNP

Menegakkan dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dan demokrasi di dalam pergerakan belia

Menganjurkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani jasmani dan pelajaran belia menerusi kegiatan persatuan

Dengan cara berunding, membantu menubuhkan persatuan-persatuan atau penubuhan pertubuhan belia baru untuk kemajuan para belia.

Membina semangat kepimpinan dan dedikasi di kalangan belia

Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan belia melalui aktiviti-aktiviti bersama.

Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai teknik dan kegiatan persatuan belia.

Mengemukakan pendapat-pendapat dan perakuan-perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau badan-badan lain yang sah, mengenai pekara-pekara kebajikan belia sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan dan kebenaran.

Menyemai dan menyuburkan semangat cintakan tanah air dengan menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara.