Anak Pahang wakil Malaysia ke Commonwealth Youth Forum

Anak Pahang wakil Malaysia ke Commonwealth Youth Forum

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memilih Official National Youth Delegates (NYD) Saudari Jessy Ng Chor Eng, Exco MBM dan Saudara Mohamad Tassim Zainal, Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan akan mewakili MBM bagi menghadiri 12th Commonwealth Youth Forum (CYF) 2022 dan Commonwealth Youth Council General Assembly (CYCGA) secara fizikal di Kigali, Rwanda dari 18 hingga 22 Jun 2022.

Saudari Jessy Ng Chor Eng merupakan anak Pahang yang telah terpilih mewakili Malaysia ke program tersebut. Beliau juga merupakan Exco Majlis Belia Malaysia.

CYF pada tahun ini akan berlangsung semasa “the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM)” yang akan dihadiri oleh kesemua ketua negara-negara Komenwel yang turut diadakan di Kigali, Rwanda.

Kongsi artikel ini