Tahukah ANDA?
MYKD adalah Maklumat Yang Kena Diberi.
Selaras dengan Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668], semua pertubuhan belia berdaftar diminta mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa enam puluh (60) hari selepas tarikh pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunannya atau sekiranya tiada MAT diadakan, dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar.
TUJUAN MYKD:
Membolehkan tindakan pengemaskinian di buat ke atas Rekod daftar, status pemegang Jawatan, status keahlian, status MAT, kesesuaian perlembagaan pertubuhan belia, kedudukan kewangan, status pelaksanaan aktiviti dan sebagainya.
Pastikan kelab/persatuan/pertubuhan belia anda menghantar MYKD setiap tahun bagi mengekalkan status keaktifan dan mengelak dari disenarai sebagai kelab/persatuan/pertubuhan tidak aktif.
BORANG PENGHANTARAN DOKUMEN (MYKD & PERLEMBAGAAN) MAJLIS BELIA DAERAH, BADAN GABUNGAN DAN BADAN BERSEKUTU MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG
Sebarang pertanyaan dan maklum balas, pihak Sdr/Sdri. boleh menghubungi Sekretariat MBNP di talian 011-35536895 atau di emel rasmi MBNP di mbnphg@beliapahang.org. Segala kerjasama dan perhatian pihak Sdr/Sdr. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.