Belia Pahang sahut titah Pemangku Raja Pahang melestarikan alam sekitar

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menjunjung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan hari ini mengajak anak muda untuk bersama melestarikan alam sekitar sempena sambutan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun.

Baginda bertitah, anak muda diharap dapat bersama menggalas tanggungjawab dengan bertindak segera untuk memacu perubahan secara kolektif dan mengawal masa depan.

Semua pihak perlu melakukan perubahan bersifat transformasi bukan sahaja dari segi minda, malah dalam setiap aspek kehidupan bagi memastikan bumi ini dapat dilestarikan sebaik-baiknya.

MBNP turut berpendapat kegiatan ini boleh merosakkan jaringan hidup yang menjadi pergantungan untuk mendapatkan sumber makanan, sumber air, udara bersih dan sebagainya.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku perlu diambil perhatian sepenuhnya dan perancangan jangka panjang seharusnya dilakukan untuk mengelak kehilangan sumber kepelbagaian biodiversiti, perubahan iklim dan ketandusan tanah demi generasi akan datang.

Kongsi artikel ini