Majlis Belia Negeri Pahang yang diwakili oleh saudara Asrullah Affandi Abdullah, Naib Presiden II turut sama menyertai Delegasi Pahang4Palestine bersama Wakil Pejabat Menteri Besar Negeri Pahang iaitu Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Pahang En Hamizi bin Yaakub beberapa NGO Di Bawah Kerajaan iaitu Puan Masliana Ahmad dan En Md Jamil Pauzi Negeri (Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang), En Salamon Ali Rizal (Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang), Pn Zarinawati Din (Skuad Bencana Negeri Pahang), Syed Amirul Roshid Sy Md Syukri (Majlis Mahasiswa Anak Pahang).
Delegasi ini turut diiringi Wakil Kedutaan Malaysia Di Jordan Pn khairee, En Raizul dan En Syazwan telah mengatur perjumpaan khas kami bersama MA. Abd Alkareem Musa Abed sebagai Ketua komuniti Kem Pelarian Gaza di Jerash.
Sumbangan sebanyak RM700,000 juga telah diserahkan kepada wakil persatuan NGO Cinta Gaza Malaysia untuk disampaikan kepada pelarian Palestin di Jordan dan Mesir.
Terima Kasih YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang memberi perhatian sepenuhnya terhadap perjuangan Pahang4Palestine dari awal ditubuhkan hingga akhir.
Terima kasih juga kepada YB Dato Sri Johari Haji Hussin Pengerusi JawatanKuasa Sumber Manusia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan dan YB Dato Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Pembangunan Wanita dan Keluarga, serta Pengarah Sekretariat Pahang4Palestine atas usaha memastikan perjalanan urusan Pahang4Palestine berjalan dengan baik dan lancar.