
LIPIS – 12 & 13 Ogos 2022 – Program Jelajah Motocross Pahang 2022 yang diadakan di Kampung Kuala Serau, Lipis dan Dewan Orang Ramai Felda Kg Sungai Koyan 1.
Program Jelajah Motocross Pahang 2022 disempurnakan oleh YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang diikuti dengan pelepasan Jelalah Motocross dan kembara Merdeka di Bazar Arkib MARA, Sungai Koyan. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang, Encik Shafrul bin Kadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Mohd Sharim bin Md Zain, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr Wan Muhammad Hafizzul.
Hampir 150 orang yang menyertai Jelajah Motocross dari seluruh Negeri Pahang. Jelajah tersebut bermula dari Felda Kg Sungai Koyan 1, Kampung Kuala Serau hingga ke Lombong Emas, Kuala Lipis.
Gambar penuh program di Facebook Majlis Belia Negeri Pahang






