KARNIVAL HARI BELIA DAN SUKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
Kejohanan Sepakan Penalti 50 Tahun Jubli Emas Majlis Belia Negeri Pahang sempena Karnival Belia dan Sukan Peringkat Negeri Pahang anjuran Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama KBS yang diadakan di Padang Kemunting, Kuantan Pahang.
Seramai 40 pasukan yang berentap dalam Kejohanan Penalti bagi merebut kejuaraan. Kejohanan ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan Dato’ Sri Haji Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang).