KARNIVAL HARI BELIA DAN SUKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022

KUANTAN, 16 Julai 2022 (Sabtu) – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh KBS bersama Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pertubuhan Sejahtera Anak Malaysia (PERSAMA) selama tiga hari bermula semalam sehingga 17 Julai di Padang Kemunting, Kuantan.

Karnival ini berjaya menarik ramai pengunjung untuk menyertai aktiviti menyihatkan di samping membuka peluang kepada para belia bagi mempertingkatkan kemahiran dan membina kerjaya.

Ini kerana terdapat aktiviti pameran dan peluang kerjaya Y-Career yang disertai hampir 30 majikan swasta dan agensi dari serata negeri Pahang.

Daulat Tuanku

Credit : PahangMedia

Kongsi artikel ini