KUANTAN, 3 SEPTEMBER 2022 – Kejohanan Superfight Muay Thai Piala YAB Menteri Besar Pahang 2022 yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Makmur malam tadi.
Kejohanan Muay Thai dirasmikan oleh YAB Dato’ Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Hadir bersama YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, En Mu’azzamir Bin Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Sdr Mohd Izzat Afifi bin Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang serta tetamu-tetamu kehormat.
Hampir 3000 orang peminat sukan Muay Thai yang hadir memenuhi perkarangan Stadium Darul Makmur. Kejohanan tersebut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah seperti Motor Yamaha Y15, Scooter Electronic dan banyak lagi.
Gambar penuh kejohanan di FB Page Majlis Belia Negeri Pahang