KENYATAAN MEDIA “TAHNIAH KERAJAAN NEGERI PAHANG ATAS PEROLEHAN RM 1 BILLION”

KENYATAAN MEDIA

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI PAHANG ATAS PEROLEHAN RM 1 BILLION

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) mengucapkan setinggi tinggi tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail yang telah mencatatkan perolehan negeri melebihi RM 1 billion. Malah kejayaan ini berjaya dicapai lebih awal dari jangkaan dan ini membuktikan kecekapan mengurus kerajaan negeri didalam mentadbir negeri Pahang ini.

Kejayaan perolehan melebihi RM 1 billion ini telah mengangkat Pahang sebagai didalam antara negeri besar dan maju yang lainnya di Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Ini adalah satu sejarah yang pastinya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Negeri Pahang dan belia Pahang khususnya.

MBNP yakin perolehan tinggi yang dicapai oleh Kerajaan Negeri ini pastinya akan dibalas dengan pelbagai program program membantu rakyat di negeri ini, dan memperluaskan program program sedia ada seperti Bantuan Prihatin Pahang, Skim Rumah Rakyat Pahang, Skim Tanah Warisan, Pahang Pride Student, Pahang Pride Kids, Pahang Pride Athletes dan sebagainya khususnya dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan jumaat ini.

MBNP juga berharap agar Kerajaan Negeri juga menyediakan program program persediaan untuk membantu rakyat khususnya pada tahun hadapan, yang mana dijangka akan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia.

Sekali lagi MBNP mengucapkan tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri serta MBNP terus tekad untuk membantu Kerajaan Negeri didalam membangunkan negeri tercinta ini.

Pahang First!

Maju Terus Pahang!

Mohd Izzat Afifi Bin Hj Abdul Hamid

Presiden Majlis Belia Negeri Pahang

3 Oktober 2022

Kongsi artikel ini