KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERIKANAN NEGERI PAHANG

KUANTAN, 21 APRIL 2022 – Majlis Belia Negeri Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, En Abdullah Bin Jaafar turut disertai pegawai-pegawai kanan perikanan
.
Pertemuan dua hala ini adalah bertujuan untuk membincangkan peluang-peluang yang boleh diceburi oleh golongan belia dalam bidang perikanan seperti penternakan, akuakultur dan juga pemprosesan makanan
.
Selain daripada itu, perbincangan ini turut juga menyentuh tentang usaha-usaha pemuliharaan dan konservasi hidupan laut yang boleh menggalakkan penglibatan golongan belia di Negeri Pahang Untuk melahirkan generasi yang celik ilmu tentang isu-isu pemuliharaan laut pada masa kini
.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perikanan Negeri Pahang kerana sudi menerima kunjungan dari pihak MBNP Dan diharapkan dapat mewujudkan kerjasama untuk program-program di masa akan datang!

Kongsi artikel ini