KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT EXCO KEBAJIKAN MASYARAKAT, PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA NEGERI PAHANG

[KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT EXCO KEBAJIKAN MASYARAKAT, PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA NEGERI PAHANG]

KUANTAN, 27 Disember 2022 – Majlis Belia Negeri Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sabariah Binti Saidan bagi membincangkan kerjasama dua hala antara MBNP bersama-sama exco kerajaan negeri

.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh wakil dari MBN, Timbalan Presiden, Saudara Aliff Bin Yaakob, Setiausaha Agung, Saudara Wan Muhammad Haffizul Dan juga Naib Presiden 3, Saudari Marina Misuari

.

Perbincang ini turut melingkupi dari segala aspek seperti kebajikan masyarakat, juga termasuk pembangunan wanita secara menyeluruh

.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Exco Kebajikan Masyarakat, YB Dato’ Sabariah kerana sudi menerima kunjungan hormat dari Majlis Belia Negeri Pahang dan kami berharap dapat bekerjasama dalam menganjurkan program-program akan datang.

Kongsi artikel ini