KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (FAIL DAN REKOD)

Kuantan: Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Organisasi (Fail dan Rekod) pada 2 Oktober 2021, jam 9 pagi secara atas talian.

Kursus ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Belia Daerah, Badan-Badan Gabungan serta orang awam. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan dokumen yang bersistematik dan profesional. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Hilmi bin Mat Saad (Setiausaha Program Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia).

Sebahagian peserta yang telah menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi (Fail dan Rekod) pada 2 Oktober 2021

Antara pengisian kursus ini adalah seperti berikut: –

  • Sidang 1: Falsafah dan Matlamat
  • Sidang 2: Rekod dan Dokumen
  • Sidang 3: Pengelasan Rekod
  • Sidang 4: Pendigitalan Rekod
  • Sidang 5: Pelupusan Rekod

Kursus ini turut meliputi penglibatan aktif daripada pihak peserta. Sesi pembentangan daripada peserta telah menghidupkan lagi suasana kursus ini.

Semoga ilmu yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua peserta kursus ini.

#BeliaPahang #Pahang1st #MajuTerusPahang

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram