KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM PERDANA NEGERI PAHANG

Kursus ini dianjurkan oleh Kelab Srikandi Prihatin Pekan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) dan SeMAMPAN Universiti Malaysia Pahang. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Kursus adalah diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. Dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan masalah-masalah rumahtangga yang dihadapi oleh mereka dalam menempuh alam berumah tangga.

Kelebihan kursus ini adalah dijalankan selama satu hari oleh penceramah yang bertauliah daripada pihak JAIP. Para peserta juga akan disediakan makan dan minum sepanjang kursus ini dijalankan. Manakala yuran pendaftaran untuk kursus ini sangat berpatutan.

Kongsi artikel ini