Lawatan kerja ke Majlis Belia Daerah Jerantut bagi melihat peralatan komputer yang disumbangkan oleh Syarikat Thetaedge

Lawatan kerja ke Majlis Belia Daerah Jerantut bagi melihat peralatan komputer yang disumbangkan oleh Syarikat Thetaedge.Syarikat Thetaedge telah menyumbangkan 100 biji komputer kepada Majlis Belia Negeri Pahang yang mana akan diwujudkan Hub Digital di 5 daerah terpilih di Negeri Pahang. Ini sebahagian daripada program ThetaCares, iaitu program CSR pihak syarikat kepada masyarakat.Hub Digital yang menjadi program kerjasama antara ThetaEdge dan MBNP ini bertujuan untuk memberikan latihan pendidikan dan ekonomi digital khususnya kepada belia dan golongan B40. Moga 5 Hub Digital yang akan diwujudkan ini dapat membantu khususnya belia luar bandar dan belia kurang berkemampuan untuk mendapat akses pendidikan dan ekonomi yang lebih baik.

Kongsi artikel ini