MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG DENGAN SUKACITA MENCALONKAN SAUDARA IZZAT AFIFI BIN DATO ABDUL HAMID SEBAGAI PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA BAGI SESI 2025-2027

KENYATAAN MEDIA MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG DENGAN SUKACITA MENCALONKAN SAUDARA IZZAT AFIFI BIN DATO ABDUL HAMID SEBAGAI PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA BAGI SESI 2024 -2026

KUANTAN, PAHANG – Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dengan penuh rasa sukacita dan kebanggaan mengumumkan pencalonan Saudara Izzat Afifi bin Dato’ Abdul Hamid sebagai calon Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi sesi 2024 -2026.

Saudara Izzat Afifi merupakan seorang pemimpin muda yang berkaliber dan berpengalaman luas dalam aktivisme belia serta dalam memimpin pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat. Beliau telah menunjukkan komitmen yang luar biasa terhadap pembangunan belia di negeri Pahang dan negara secara keseluruhan. Dengan kepimpinan yang berdedikasi, beliau telah memimpin banyak inisiatif belia yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.

#beliapahangyakinboleh #beliapahang #pahang1st #majuterusbeliapahang #leaderpreneur

Kongsi artikel ini