
Majlis Belia Negeri Pahang Turun Ke Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia Kali Ke 71 Dengan Mempertaruhkan Calon Muda Berumur 33 Tahun.
Selaku Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Saudara Izzat Afifi Bin Haji Abdul Hamid Mempunyai Pakej Yang Diperlukan Oleh Kepimpinan Lama Dan Baru Didalam Gabungan MBM Serta Dilihat Mampu Malakar Perubahan Baru Dalam Misi Majlis Belia Malaysia Mengetengahkan Pelapis Muda Yang Mampu Mengalas Tanggungjawab Selaku Presiden Majlis Belia Malaysia Sempena Pemilihan MBM Yang Akan Berlangsung Pada Ahad Ini.
Sejajar Dengan Perubahan Akta 668 Yang Dibentangkan Dalam Dewan Rakyat Baru-Baru Ini, MBNP Yakin Dan Percaya Tampok Kepimpinan Orang Muda Didalam MBM Pasti Mengubah Landskap Yang Amat Besar Selepas Era Kepimpinan Belia Ini Seandainya Beliau Diberikan Mandat Untuk Menerajui Kepimpinan MBM Bagi Sesi 2022-2024.
Berada Didalam Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia Selaku Naib Presiden MBM Penggal Ini Memberikan Banyak Pengalaman Berharga Dan Kelebihan Kepada Beliau Untuk Membawa Aspirasi Baru Anak Muda Malaysia Untuk Mendepani Perubahan Minda Anak Muda Zaman Kini Yang Lebih Berpengetahuan Tinggi Didalam Pelbagai Bidang Tidak Kira Diperingkat Nasional Mahupun Antarabangsa.
Berpendidikan Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) UIAM, Sarjana Undang-Undang Antarabangsa (LL.M) UIAM Serta Memiliki Sijil Amalan Guaman, Penguambela Dan Penguamcara, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Serta Certificate Course On International Convent On Civil & Political Right, The Geneva Academy Of International Humanitarian Law & Human Rights, Switzerland Dan Pernah Menimba Banyak Pengalaman Ketika Berkhidmat Bersama Tetuan Nik Saghir & Ismail (Pada Tahun 2012-2017) Sebelum Membuka Pejabat Guamannya Sendiri (Tetuan Izzat Hafifi & Co) Pada 2017 Hingga Kini Memperlihatkan Potensi Yang Cukup Besar Agar Calon Presiden MBM Ini Perlu Diketengahkan Untuk Mengisi Jajaran Perundangan Melibatkan Gerakan Belia Di Negara Ini.
Majlis Belia Negeri Pahang Yakin Dan Percaya Jaringan Perhubungan Yang Baik Diperingkat Antarabangsa Yang Pernah Beliau Jalinkan Sewaktu Menjadi Wakil Tetap Malaysia Ke Jawatankuasa Belia Se-Asia Tenggara (CAYC) Dan Wakil Tetap Majlis Belia Komanwel (CYC) Bakal Membuka Lebih Banyak Ruang Dan Peluang-Peluang Baru Kepada Gerakan Belia Di Negara Ini Untuk Menjalinkan Usahasama Lebih Erat Dalam Bidang Ekonomi Dan Teknologi Berprestasi Tinggi Di Peringkat Antarabangsa.
Pengiktirafan Yang Beliau Kecapi
|> 2015- Messenger Of Peace Award, World Scouts Movement
|> 2020- Tokoh Belia Negeri Pahang
|> 2020- Tokoh Belia Negara
|> 2021- Ikon AADK Kebangsaan
Penglibatan Antarabangsa Beliau
• International Volunteer Forum, Moscow, Russia.
• World Forum For Democracy Starsbourg, France.
• Hearing On Convention Against Torture On Timur Leste, Geneva, Switzerland.
• Training On Convention Against Torture & Other Cruel, Inhuman Or Degrading Treatment Of Punishment, Geneva, Switzerland.
• Asean Youth Gathering, Jakarta, Indonesia.
• UN Forum On Evidence Based Policies On Youth Development In Asia, UN Office, Bangkok, Thailand.
• United Nations Forum On Human Rights, Democracy And The Rule Of Law, Geneva, Switzerland.
• Japan-East Asia Network Of Exchange For Students And Youth (JENESYS) Special Batch, Hiroshima, Japan.
• Asian Pasific Regional Scout Conference, South Korea.
• World Scouts Youth Forum, Slovenia.
• Youth Assembly At The United Nations, New York, USA.
Tawaran Kami-5 Teras Buat Rakan-Rakan Belia
- Perancangan Strategik MBM
- Pemerkasaan Badan Gabungan MBM, MBN & MBD.
- MBM Sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence)
- Penjenamaan Semula MBM
- MBM Dan Gabungan Yang Mendiri.
Jesteru Dengan Itu, Rakan-Rakan Belia Yang Kami Hormati Sekalian…
Jika Kami Di Majlis Belia Negeri Pahang Memberikan Sepenuh Keyakinan Dan Kepercayaan Kepada Calon Yang Kami Ketengahkan Ini…
Adakah Rakan-Rakan Masih Meragui Keupayaan Calon Ini?
Berfikirlah Sejenak Rakan-Rakan Dan Buatlah Pilihan Yang Bijak Kerana Kami Yakin Dan Percaya, Rakan-Rakan Lebih Tahu Dan Lebih Memahami Dimana Perubahan Itu Patut Dilakukan Jika Ingin Melihat MBM Kembali Menjadi Sebuah Badan NGO Paling Berpengaruh Dan Paling Dihormati Di Negara Ini.
Jangan Lupa Undi/Pangkah Calon Kita Semua Nombor 01 Dipemilihan MBM Kali Ke 71.
Salam Sayang Dari Kami Majlis Belia Negeri Pahang Ucapkan.