KUANTAN, 24 April 2022 – Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Dan Kelab Anak Muda Kuantan (KBK) dengan jayanya telah mengadakan program iftar perdana bersama anak-anak muda Pahang bertempat di Padang MBK 1 petang tadi
.
KDYMM Pemangku Raja Pahang turut mencemar duli ke majlis ini dan diiringi oleh YB Dato’ Sri Hj Mohd Johari, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dan Saudara En Izzat Afifi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan MBNP
.
Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan remaja dalam pengisian di bulan penuh barakah ini
.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut hadir dalam menjayakan program ini !
✨ Marhaban Ya Ramadan✨