MAJLIS PELANCARAN PENUTUP KARNIVAL TVET DARUL MAKMUR 2022

MAJLIS PELANCARAN PENUTUP KARNIVAL TVET DARUL MAKMUR 2022

KUANTAN, 30 Oktober 2022 – Majlis Pelancaran penutup Karnival TVET Darul Makmur 2022 pada hari ke-2 dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Mohd Sharim bin Md Zain, mewakili YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Hussain.

Turut hadir bersama, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Izzat Afifi bin Abdul Hamid, Dato Latt Shariman Penasihat Ruang Cikgu Berhad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang, En. Shafrul bin Kadir, Timb. Presiden MBNP, En. Nor Aliff bin Yaakob serta tetamu VIP yang lain.

Antara aktiviti yang berlangsung pada hari ke-2 ialah Pertandingan E-Sport Mobile Legends, Pahang Show-Off Skills (Hias Cupcake dan Makeup 5 Minit), Persembahan dari pemenang “top 3” Pahang Vaganza dan Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang.

Kongsi artikel ini