MAJLIS PELANCARAN PROGRAM REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI PAHANG

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI PAHANG

KUANTAN, 18 Oktober 2022 (Selasa) – Majlis Pelancaran Program Reben Kuning Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Rumah Perantaraan, Jabatan Penjara Negeri Pahang.

Majlis dirasmikan oleh YH. TKP Dato’ Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Pahang. Turut hadir bersama En. Mu’azamir bin Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, En. Shafrul bin Kadir, Timb. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Sdr. Izzat Afifi bin Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang serta agensi yang terlibat sama.

Program ini bertujuan untuk membuang stigma masyarakat terhadap golongan bekas tahanan penjara serta memberi peluang kedua kepada mereka ketika mereka kembali ke pangkuan rakyat.

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada individu-individu yang telah dipilih untuk menyertai Program Reben Kuning ini dalam membina semula gaya hidup dalam berbakti untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Kongsi artikel ini