19 Jun 2022 | TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
Majlis Sukan Pahang telah mengadakan Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Pahang di Sukan Sea Ke-31 Vietnam 2021.
Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Turut hadir mengiringi, YB Dato’ Sri Haji Johari Bin Haji Hussain Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Exco-Exco Kerajaan Negeri Pahang, serta Ketua-Ketua Jabatan.
Majlis Belia Negeri Pahang diwakili oleh Sdr Mohd Izzat Afifi Bin Hj Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Pahang serta beberapa jawatankuasa MBNP yang lain.
Tahniah atlet Pahang!
Credit 📸 : @wanrosdyofficial