MAJLIS PENYERAHAN 20 BIJI KOMPUTER DARIPADA WAKIL SYARIKAT THETAEDGE

Majlis penyerahan 20 biji komputer daripada wakil Syarikat Thetaedge, Tuan Wan Muhd Shukri kepada Majlis Belia Daerah Pekan di Pejabat Majlis Belia Daerah Pekan.

Syarikat Thetaedge akan menyumbangkan 100 biji komputer kepada Majlis Belia Negeri Pahang yang mana akan diwujudkan Hub Digital di 5 daerah terpilih di Negeri Pahang. Ini sebahagian daripada program ThetaCares, iaitu program CSR pihak syarikat kepada masyarakat.

Hub Digital yang menjadi program kerjasama antara ThetaEdge dan MBNP ini bertujuan untuk memberikan latihan pendidikan dan ekonomi digital khususnya kepada belia dan golongan B40.

Moga 5 Hub Digital yang akan diwujudkan ini dapat membantu khususnya belia luar bandar dan belia kurang berkemampuan untuk mendapat akses pendidikan dan ekonomi yang lebih baik.

Terima kasih ThetaEdge!

Kongsi artikel ini