MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PAHANG

KUANTAN, 5 SEPTEMBER 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di Kuantan Pahang.

Turut berangkat KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi, YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang.

Turut bersama dalam majlis tersebut, En. Mu’azamir Bin Hj Jili Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang, Sdr Mohd Izzat Afifi Bin Dato’ Hj Abd Hamid Presiden Majlis Belia Negeri Pahang dan Sdr Anwar Ridhwan Bin Dato’ Hj Muhammad Azhari Penolong Setiausaha Agung MBNP.

Mahkamah Syariah Pahang sangat dekat dihati Presiden MBNP, memandangkan ayahanda beliau allahyarham Dato’ Hj Abd Hamid merupakan Ketua Hakim Syarie pertama Negeri Pahang dan rancangan pembinaan Kompleks Syariah Al Sultan Abdullah ini telah bermula daripada era Allahyarham Dato’ Hj Abd Hamid dan dapat direalisasikan pada tahun 2022.

Tahniah Jabatan Kehakiman Syariah Pahang!

Kongsi artikel ini