MAJLIS PERASMIAN KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM PERDANA DAN PELANCARAN DOKUMEN RASMI NIKAH, CERAI DAN RUJUK BERSEKURITI TINGGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR


Kursus Pra Perkahwinan Perdana dan Majlis Pelancaran Dokumen Rasmi Nikah, Cerai dan Rujuk Bersekuriti Tinggi yang bertempat di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Kuantan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang mewakili YAB Dato’ Sri YAB Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Hadir sama SS Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Osman, Mufti Negeri Pahang, YAA Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Md Yunos, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang , Mohd Izzat Afifi bin Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.

1000 orang belia-belia Pahang yang menyertai Kursus Pra Perkahwinan Perdana Negeri Pahang dari pelbagai peringkat umur. Sijil Kursus Pra Perkahwinan diserahkan sepenuhnya kepada peserta selepas slot yang terakhir pada petang tersebut.

Kongsi artikel ini