KUANTAN – 8 Oktober 2022 (Sabtu) – Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang di Ruang Legar Utama, Berjaya Megamall, Kuantan pada jam 11.00 pagi tadi.
Turut hadir bersama En Mu’azzamir bin Hj Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Dato’ Patrick Khoo, Mewakili YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, En. Zamri bin Hassan, Pengarah Majlis Sukan Pahang, En. Yusof bin Kassim, Timb. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah APM Negeri Pahang, dan En. Wan Muhammad Hafizzul bin Wan Ismail, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pahang.
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program yang dijalankan seperti Fun Run, Kuantan BMX Rad Race, Myfit@Motorsport Autoshow dan banyak lagi.