Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 Peringkat Negeri Pahang

KUANTAN, 17 Julai 2022 (Ahad) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 Peringkat Negeri Pahang.

Berlangsung di salah sebuah hotel di Kuantan, sambutan turut dihadiri Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pahang merangkap Presiden Majlis Belia Malaysia, saudara Izzat Afifi Abdul Hamid disusuli ucapan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan NGO Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Tuan Abdullah Hasan dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mod Azhari Mohammad.

Tahniah diucapkan kepada Saudara Hafiza binti Mohd Khir Juhari (Exco Timbalan Biro Kebudayaan, Sukan dan Gaya Hidup Sihat) dianugerahkan johan kategori individu wanita dan Saudara Chong Jun Seng (Naib Presiden 1) Majlis Belia Negeri Pahang naib johan kategori individu lelaki dalam majlis ini. Syabas!!

Gambar penuh program di facebook Majlis Belia Negeri Pahang

Kongsi artikel ini