MBNP Kesal Pengunaan Gambar Presiden Dalam Siri Kempen Parti Politik

Majlis Belia Negeri Pahang kesal dengan penggunaan gambar Presiden Majlis Belia Negeri Pahang dalam siri kempen manifesto Perikatan Nasional (PN) Pahang.

MBNP merujuk kepada pautan https://m.facebook.com/photo.php?fbid=485421690286431&id=100064558125344&set=a.220544393440830 yang telah mengeksploitasi gambar Presiden MBNP Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan Sdri Nurliana Binti Muhammad. Untuk makluman gambar tersebut adalah ketika Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pahang tahun 2020.

MBNP juga ingin memaklumkan bahawa MBNP tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kempen Perikatan Nasional (PN) Pahang. MBNP memohon pihak yang terlibat agar memadamkan pautan tersebut dengan kadar segera atau berdepan dengan tindakan undang-undang. MBNP juga menuntut permohonan maaf secara rasmi daripada pihak yang terlibat.

MBNP juga ingin mengingatkan parti-parti politik agar tidak sewenangnya menggunakan mana-mana gambar individu untuk berkempen tanpa kebenaran tuan badan. MBNP sebagai pertubuhan utama belia di negeri Pahang adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Nor Aliff bin Yaakob
Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang

Kongsi artikel ini