MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN 2021 DAN JAMUAN RAYA AIDILFITRI MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

KUANTAN, 28 Mei 2022 – Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan 2021 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Belia Negeri Pahang yang berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. YAB Menteri Besar juga mengumumkan RM 435,000.00, iaitu RM 15,000.00 kepada 29 Badan Gabungan MBNP dan RM 241,320.00 kepada MBNP sebagai bantuan pentadbiran tahunan.

Terima kasih YAB Dato Sri dan Kerajaan Negeri atas
keprihatinan, kepedulian dan cakna kepada pergerakan belia dan pertubuhan belia. Terima Kasih juga kepada semua perwakilan yang hadir menjayakan mesyuarat tersebut.

Kongsi artikel ini