Pelancaran Ziarah Kasih dan Kotak Kasih Majlis Belia Negeri Pahang

KUANTAN, 25 April 2022 – Program Ziarah Kasih Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Presiden MBNP, En Izzat Afifi bertempat di Universiti islam Pahang Sultan Ahmad Shah pada jam 2.30 petang tadi. Turut hadir bersama dalam pelancaran program adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan, En Mu’azamir dan Pengarah Majlis Sukan Pahang, En Zamri
.
Program Ziarah Kasih MBNP ini bertujuan untuk mengagihkan bantuan sejumlah 400 Kotak Kasih ke semua Daerah di Pahang khususnya kepada golongan belia untuk mengurangkan beban dalam menyambut Hari Lebaran yang akan kunjung tiba tidak lama lagi
.
Tidak dilupakan juga sokongan penuh dari Dato’ Sri Hj Mohd Johari, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dalam perlaksanaan program Ziarah Kasih ini!

✨Marhaban Ya Ramadan✨

Kongsi artikel ini