PERASMIAN PROGRAM JOM CARI KERJA DAN INISIATIF BAHARU PERKESO PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2022

ROMPIN, 27 SEPTEMBER 2022 – PERKESO telah mengadakan satu Program Jom Cari Kerja dan Inisiatif Baharu PERKESO Peringkat Daerah Rompin bagi tahun 2022. Program ini dirasmikan oleh Dato’ Wan Kadri, Wakil Rasmi Dato’ Sri Haji Johari. Turut hadir bersama Sdr Wan Muhammad Hafizzul, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pahang dan Sdri Normarina Misuari, Naib Presiden 3 Majlis Belia Negeri Pahang.

Program ini merupakan program yang dilaksanakan bagi menyantuni golongan pencari kerja khususnya anak muda dan golongan pekerja sendiri bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan inisiatif dan bantuan yang masih tersedia menerusi Bajet Belanjawan 2022.

Kongsi artikel ini