PERUTUSAN PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini genap 100 hari pengurusan MBNP penggal 2020-2022.

Dalam keadaan penuh cabaran khususnya pandemik dan perintah kawalan pergerakan, MBNP dengan sedaya upaya menggerakkan usaha demi pembangunan belia di negeri Pahang ini.

Dalam 100 hari pertama ini, MBNP memfokuskan kepada pengurusan dan pentadbiran MBNP serta MBD khususnya berkaitan perkara tertunggak didalam MYKD, dan program program berkaitan pembangunan belia yang lainnya.

Alhamdulillah, sukacita saya lampirkan bersama-sama ini Laporan 100 Hari MBNP bagi sesi 2020-2022 untuk pengetahuan dan makluman semua. Ini adalah salah satu langkah ketelusan oleh MBNP kepada semua Badan Gabungan selaku Pemegang Taruh Utama MBNP.

Laporan 100 Hari MBNP boleh dimuat turun di Muat Turun – Majlis Belia Negeri Pahang (beliapahang.org)

Sukacita saya maklumkan juga MBNP hari ini melancarkan laman web terbaharu MBNP di www.beliapahang.org . Ini juga salah satu langkah untuk mendekati MBNP dengan masyarakat awam agar segala maklumat dan info terkini daripada MBNP dapat dihebahkan kepada semua.

MBNP bersama 29 Badan Gabungannya akan bersama-sama menggerakkan pembangunan belia di Negeri Pahang ini. Menggerak Belia!

Mohd Izzat Afifi Bin Dato’ Hj Abd Hamid

Tarikh : 9 Ogos 2021

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram