PROGRAM DOKTOR MASUK KAMPUNG DI PULAU TIOMAN, ROMPIN, PAHANG

PULAU TIOMAN – 18-21 OGOS 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang dan Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin telah mengadakan Program Doktor Masuk Kampung bertempat di Pulau Tioman yang disertai oleh 40 orang peserta.

Aktiviti hari pertama telah berlangsung dengan sesi taklimat dan pengenalan diri diantara peserta dan urusetia program yang dikendalikan oleh Rahmah Support Team. Turut hadir menyampaikan ucapan, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM merangkap Presiden MBN Pahang.

Aktiviti hari kedua telah berlangsungnya Pemeriksaan Kesihatan bersama guru serta masyarakat dikawasan Tekek, Forum Let’s Talk Minda Sihat dan Perkongsian ‘Kerjaya Perubatan’ bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tekek.

Selain itu, turut diadakan Latihan Asas CPR dan Aktiviti Pergigian dan Pertandingan Mewarna di Sekolah Kebangsaan, Prasekolah dan Tabika Kemas di Komplek Pendidikan Tioman dan Kampung Juara.

Dalam program tersebut juga Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM merangkap Presiden MBN Pahang bersama Sdr. Ibnu Rasyid, Exco MBM dan peserta telah mengagihkan bendera Malaysia kepada penduduk sekitar Kampung Tekek.

Dalam program tersebut juga, MBM turut menganjurkan aktiviti sukan bola tampar dan sukaneka bersama masyarakat di Kampung Tekek.

Credit : Majlis Belia Malaysia

Kongsi artikel ini