PUBG MOBILE MENTERI BESAR PAHANG CUP 2022 TERTUTUP PARLIMEN MARAN
MARAN, 26 Ogos 2022 – PUBG Mobile Menteri Besar Cup 2022 Tertutup Parlimen Maran yang berlangsung di Dewan Umno Bahagian Maran, Pekan Tajau, Maran.
Kejohanan tersebut dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Merangkap Adun Kuala Sentul dan Ketua Bahagian UMNO Maran. Turut hadir bersama En Khairul Amin bin Osman, Setiausaha Umno Bahagian Maran, dan Ketua Penerangan Jamaluddin MD, Marzuki. Pengerusi Majlis Belia Daerah Maran Zafril bin Nasir bersama barisan Jawatankuasa Majlis Daerah Maran turut hadir bersama bagi meriah PUBG Mobile Menteri Besar Pahang Tertutup Parlimen Maran
Seramai 18 kumpulan yang berentap bagi merebut tempat pertama dalam kejohanan tersebut dan 4 kumpulan akan mewakili Parlimen Maran di Grand Final nanti.
Johan : TMI 52
Naib Johan : 4 DISTRO
Ketiga : ESCAPER ESPORT
Keempat : SON OF GUNS ESPORT