Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-65 Peringkat Negeri Pahang

Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-65 Peringkat Negeri Pahang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’ yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4, Kemunting, Kuantan. Kira-kira 5,000 pengunjung yang datang memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk turut hadir bagi memeriahkan sambutan pada kali ini.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, barisan Exco Kerajaan Pahang dan tetamu-tetamu kehormat.

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) turut serta menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan di Kuantan diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi bin Adbul Hamid, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang serta badan-badan gabungan yang lain.

Kongsi artikel ini