24 Jun 2022 | Majlis Belia Daerah Pekan
Majlis Belia Daerah Pekan telah menganjurkan Santai Belia Pekan Bersama Bossku bertempat di perkarangan Majlis Belia Daerah Pekan.
Program yang telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Haji Mohd Najib Tun Abd Razak, Ahli Parlimen Pekan. Turut mengiringi YB Dato’ Sri Hj Sh Mohmed Fuzi Bin Sh Ali, Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya, Sdr Wan Ahmad Fakhri, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pekan, Pegawai Belia & Sukan Daerah Pekan dan Sdr Wan Muhammad Hafizzul Bin Wan Ismail, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pahang.
Terdapat pelbagai acara telah diadakan termasuk E-Sport mobile legend & Fifa. YB Dato’ Sri Hj Mohd Najib Tun Abd Razak turut mengambil kesempatan bermain permainan video Fifa.
Tahniah Belia Pekan!