Majlis Belia Negeri Pahang ingin merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang kerana memperkenalkan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) bagi membantu usahawan dan peniaga-peniaga kecil di Negeri Pahang. Semoga usaha ini dapat memberi suntikan semangat bagi memulihkan ekonomi kembali stabil.
Pemohon Skim I-PUSH boleh merujuk Panduan Permohonan Skim I-Push yang dimuat naik di portal rasmi
http://smu.pahang.gov.my