
Majlis Belia Negeri Pahang Turun Ke Felda Lepar Hilir 3 Bagi Menyampaikan Sumbangan Ikhlas Rakan-Rakan Perwakilan Belia Pahang Kepada Ahli Keluarga Mangsa Kepala Air, Jeram Mawar, Kemaman.
Kutipan Sumbangan Ikhlas Ini Dicetuskan Oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa MBNP Ketika Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahun (MPAT) Majlis Belia Negeri Pahang Ke 25 Baru-Baru Ini.
Seluruh Ahli Belia Di Negeri Ini Turut Merasa Terkesan Dengan Kehilangan Ini Kerana Rata-Rata Mangsa Yang Terlibat Didalam Kejadian Itu Berada Di Dalam Lingkungan Umur Belia.
Semoga Roh Mereka Sekeluarga Sentiasa Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Bersama-Sama Mereka Yang Beriman Dan Beramal Soleh.
Sumbangan Ikhlas Ini Telah Disampaikan Oleh En Asrullah Affendi Bin Abdullah (Naib Presiden 2 MBNP) Bersama En Abu Naziem Bin Abu Talib (Ahli Jawatankuasa Kebajikan Dan Kesukarelawan MBNP) Kepada Ahli Keluarga Mangsa Mewakili Majlis Belia Negeri Pahang Serta Rakan-Rakan Badan Gabungan Belia Di Dalam Organisasi MBNP.
Turut Hadir Di Dalam Penyerahan Sumbangan Ini En Rosli Bin Samad (Ketua Peneroka Felda Lepar Hilir 3), Puan Fazilah Bt Kundur (Pengerusi GPW Felda Lepar Hilir 3), En Faisal Bin Abd Samad (Setiausaha JKKR Felda Lepar Hilir 3) Serta Kepimpinan Setempat.



