Tahniah Kerajaan Negeri Pahang Atas Peruntukan Sebanyak RM3.45 Juta Pembelian 22 Traktor Bagi Tujuan Pertanian Di Negeri Pahang

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang menyumbangkan 22 unit Jentera (Traktor) kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang termasuk 44 unit implement yang bernilai RM3.45 juta.

Pembelian traktor ini secara langsung membantu kerja-kerja lapangan berkaitan pertanian terutamanya petani yang memerlukan perkhidmatan membajak.

Ini sedikit sebanyak membantu para petani dari golongan belia dan anak muda yang baru menceburi bidang pertanian sekaligus meningkatkan hasil pertanian.

Usaha ini juga secara tidak langsung dapat memberi tambahan hasil kepada Kerajaan Negeri bagi meneruskan usaha-usaha membantu meningkatkan mutu pertanian dalam Negeri Pahang.

MBNP percaya Negeri Pahang bakal menjadi pengeluar produk asas tani yang paling tinggi dengan pelan dan inisiatif berterusan dari pihak Kerajaan Negeri.

Chong Jun Seng
Naib Presiden I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Majlis Belia Negeri Pahang

#MajuTerusPahang#Pahang1st

Kongsi artikel ini