TAYANGAN LIVE PEBENTANGAN BELANJAWAN PAHANG 2023

KUANTAN – 7 Oktober 2022 (Jumaat) – Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Wakil Kerajaan Negeri Pahang, Pahang Skills Development Centre Dan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang telah melaksanakan satu tayangan ‘live’ Pembentangan Belanjawan Pahang 2023 di Pahang Skills Development Centre yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Turut hadir bersama Wakil dari MTSP Sdri. Masliana Ahmad, dan Sdr Ahmad Fadziree, En. A Rahim Omar, Timbalan pengarah PSDC, Sdr. Mohd Izzat Afifi, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang dan Sdr Wan Muhammad Hafizzul, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pahang.

Seramai 80 orang yang hadir bagi menyaksikan tayangan ‘live’ tersebut. Semoga dengan pembentangan belanjawan ini dapat memberikan manfaat buat seluruh rakyat Pahang dan belia-belia di luar sana terus memajukan serta memakmurkan Negeri Pahang.

Kongsi artikel ini