Ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke-63

Merafak sembah, menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke-63 pada 30 Julai 2022.

Majlis Belia Negeri Pahang serta barisan kepimpinan peringkat daerah dan badan gabungan dalam negeri mendoakan dilanjutkan usia, damai-sejahtera Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimumah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Ampun Tuanku.

Daulat Tuanku.

Kongsi artikel ini