Ziarah Kasih Majlis Belia Negeri Pahang

KUANTAN, 26 April, 2022- Majlis Belia Negeri Pahang dengan jayanya telah mengadakan Ziarah Kasih ke Majlis Belia Daerah di Pahang diketuai oleh Setiausaha Agung MBNP, En Wan Hafizzul
.
Bermulanya dengan pemberian ziarah kasih ke Majlis Belia Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin pada hari Isnin, wakil delegasi MBNP meneruskan perjalanan ke Majlis Belia Daerah Maran, Bera, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis dan diakhiri dengan Majlis Belia Daerah Cameron Highland pada hari ini
.
Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringan beban yang dihadapi oleh keluarga mereka pada Hari Lebaran ini.
.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut terlibat !

Kongsi artikel ini