Terima Kasih Wira & Wirawati Negara

Olimpik Tokyo kini melabuhkan tirai dengan kejayaan kontinjen Malaysia membawa pulang 1 Pingat Perak & 1 Pingat Gangsa.Walaupun begitu, Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian semua Atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta tidak berputus asa.Tahniah Wira Wirawati Negara! Anda kebanggaan Malaysia.

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 54 ASEAN

ASEAN memainkan peranan aktif dalam menggerakan pertumbuhan ekonomi negara anggota, Pemupukan keamanan dan identiti serantau, penolakan pencerobohan serta penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan. Anggota ASEAN juga aktif dalam bersama-sama menguruskan Pandemik Covid-19. One Vision One Identity One Community

SYABAS ATLET BERBASIKAL NEGARA !

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang atau dikenali sebagai “THE POCKET ROCKETMAN” berjaya meragut pingat perak dalam acara keirin lelaki.

SIRI SYARAHAN ILMUWAN PAHANG: PEMIKIRAN PROF SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menganjurkan Program Siri Syarahan Ilmuwan: Pemikiran Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas secara atas talian. Program ini bertujuan untuk membugar budaya ilmu di kalangan belia Negeri Pahang dan memberikan kefahaman sebenar tentang kehidupan meliputi aspek makna sebenar agama, adab, kebahagiaan, […]

Kibar bendera Malaysia bukti semangat patriotik kepada negara.

Kibar bendera Malaysia bukti semangat patriotik kepada negara. Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyelar MUDA Pahang dalam kenyataan media oleh mereka menyatakan ‘Kerajaan Negeri Pahang, Sila Berhenti Buli Rakyat’ berhubung tindakan kompoun oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada mana-mana premis yang tidak mengibarkan bendera.Isu seperti ini tidak perlu dipertikai kerana kibar bendera merupakan perkara yang […]

Felo Penyelidik di Majlis Belia Negeri Pahang

Majlis Belia Negeri Pahang mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Felo Penyelidik di Majlis Belia Negeri Pahang.Calon yang berminat boleh menghantar CV ke mbnphg@gmail.com sebelum 8 Ogos 2021.

Tahniah Datuk Soh Chin Ann

Majlis Belia Negeri Pahang ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Soh Chin Aun yang telah dimasyhurkan sebagai Pemain Bola Sepak Caps Terbanyak Antarabangsa dan dapat mengabadikan nama beliau dalam FIFA Century Club. Beliau menduduki tempat pertama dalam senarai pemain bola sepak mewakili negara sebanyak 195 caps mengatasi pemain dari Kuwait, Bader Almotawaa (185 caps) yang menduduki […]

PROGRAM PERANAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN PAHANG

*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.*Dato/Tuan/Puan*PROGRAM PERANAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN PAHANG*_Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan kerjasama Yayasan Pahang, Kumpulan Penggerak PIBKS Negeri Pahang, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang dan Majlis Belia Negeri Pahang akan menganjurkan Program Peranan Komuniti dalam Pendidikan Pahang. Semua di jemput untuk menyaksikan program ini di FB JPN Pahang dan saluran […]

Daulat Tuanku

Merafak Sembah ucapan setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sempena Memuliakan Ulangtahun Hari Keputeraan pada 05 Ogos 2021 bersamaan 26 Zulhijah 1442 Hijrah. Sembah Takzim Daripada, Majlis Belia Negeri Pahang

Cara Hapus Pelitup Muka Dengan Betul

Tahukah anda cara melupuskan pelitup muka dengan betul? Mudah sahaja!Anda perlu membuka mask, ambil, lipat dua dan gulungkan perlahan-perlahan sebelum buang. Proses ini hanya mengambil masa tak lebih 20 saat. Jalankan tanggungjawab anda dalam memelihara alam sekitar disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan. #kitajagakita #BeliaPahang #STW #MajuTerusPahang