Kibar bendera Malaysia bukti semangat patriotik kepada negara. Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyelar MUDA Pahang dalam kenyataan media oleh mereka menyatakan ‘Kerajaan Negeri Pahang, Sila Berhenti Buli Rakyat’ berhubung tindakan kompoun oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada mana-mana premis yang tidak mengibarkan bendera.Isu seperti ini tidak perlu dipertikai kerana kibar bendera merupakan perkara yang sepatutnya kita perlu tunjukkan tanda rasa cinta kita pada negara.
Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan yang perlu kita hayati bagi mengenang kembali jasa-jasa pemimpin terdahulu berusaha untuk mencapai kemerdekaan kepada tanahair kita. Walaupun kita berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, tiada halangan untuk kita tunjukkan semangat patriotik dengan mengibarkan jalur gemilang di premis, rumah dan dimana-mana sahaja.Dalam pada itu juga Kerajaan Negeri Pahang sudah banyak menyalurkan pelbagai inisiatif bantuan dan sumbangan bagi membantu peniaga-peniaga dan juga rakyat yang terkesan dengan wabak COVID-19.
Jadi isu yang dibawa oleh MUDA Pahang berhubung Kerajaan Negeri membuli rakyat dengan arahan seperti itu adalah amat tidak tepat. Sama-samalah kita doakan agar negara kita kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan normal seperti sediakala.Asrullah Affendi AbdullahNaib Presiden IIMerangkap Pengerusi JawatankuasaHal Ehwal Felda, Felcra, Orang Asli,Kerajaan Tempatan & PerumahanMajlis Belia Negeri Pahang