KARNIVAL HARI BELIA DAN SUKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022

KARNIVAL HARI BELIA DAN SUKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 Antara aktiviti dan program yang diadakan di Karnival Hari Belia dan Sukan Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung selama tiga hari di Padang Kemunting, Kuantan.
KARNIVAL HARI BELIA DAN SUKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022

KUANTAN, 16 Julai 2022 (Sabtu) – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh KBS bersama Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pertubuhan Sejahtera Anak Malaysia (PERSAMA) selama tiga hari […]
Tahniah kepada Saudara Muhammad Zul Syafiq Abdul Wahab

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan Tahniah kepada Saudara Muhammad Zul Syafiq Abdul Wahab atas penganugerahan Anugerah Tokoh belia 2021 sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yab Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Perdana Menteri). Ikhlas,Majlis Belia Negeri Pahang
Program tanaman Pokok

Program tanaman yang melibatkan pelajar-pelajar di peringkat menengah dan pelajar-pelajar pendidikan khas. Program ini berlangsung di Sk Bunut Rendang Kuantan Dan Smk Paya Besar . melibatkan lebh 100 anak pokok hutan dan tanaman pokok bunga. “1 pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang”
Tahniah kepada semua perwakilan GPMS Negeri Pahang

Tahniah kepada semua perwakilan kerana selesai melaksanakan tanggungjawab ke Mesyuarat Agung Tahunan kali – 24 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pahang di Teratak Ilmu, GPMS Pahang. Selamat menjalankan tugas kepada Jawatankuasa Negeri yang baru dilantik pada kali dengan penuh komited dan bertanggungjawab. Belajar Terus Belajar

*‼️JOM BANGKIT SELEPAS PANDEMIK‼️* _Rebut peluang menangi:_ 💰 *Wang Tunai RM1,000*📱 *IPhone 13 Pro Max*🎁 *3x Hamper* Anda Hilang Pekerjaan Atau Nak Tambah Pendapatan❓Saya ingin menjemput anda menyertai training Keusahawanan berbentuk *Squid Game & Money Heist* 📌TAJUK : *JUTAWAN DROPSHIP TANPA KOS*📌TARIKH: *15 Julai 2022, Jumaat*📌Tempat: *Bilik Seminar Majlis Bandaraya Kuantan*📌MASA : *9:00 pagi hingga […]
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Majlis Belia Negeri Pahang Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada Seluruh Umat Islam di Malaysia. 10 Julai 2022 | 10 Zulhijjah 1443H Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT. Semiga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan-Nya jua. Ikhlas,Majlis Belia Negeri Pahang
Selamat Menyambut Hari Peneroka Felda 2022

Selamat Menyambut Hari Peneroka Felda 2022. 7 Julai 2022 Terima Kasih Ayahanda Dan Bonda (Peneroka Dan Penerokawati) Diatas Pengorbanan Bersama Membangunkan Felda. “Kejayaan Dalam Keberkatan” Ikhlas,Majlis Belia Negeri Pahang
Jutaan Terima Kasih atas keprihatinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail

Majlis Belia Negeri Pahang ingin merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang diatas Penyaluran Peruntukan Pentadbiran Majlis Belia Daerah dan Badan-Badan Gabungan Negeri Pahang Tahun 2022. Terima kasih YAB Dato Sri dan Kerajaan Negeri atas kepedulian dan cakna kepada pergerakan belia dan pertubuhan belia.
PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG SIDANG I, PENGGAL KE-33, SESI 2021-2022

KUANTAN, 4 Julai 2022 –Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang telah mengadakan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Pahang pada jam 9.00 pagi tadi. Majlis dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Hussain. Turut hadir Pengarah Jabatan […]