KENYATAAN MEDIA : TAHNIAH DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL ATAS PELANTIKAN SEBAGAI YAB MENTERI BESAR PAHANG

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibn Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan Baginda menyelesaikan kemelut yang berlaku berkenaan penubuhan kerajaan Negeri Pahang pasca PRU-15 yang lepas. MBNP menyeru semua parti politik dan pihak untuk menghormati […]
TAHNIAH YAB DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Pahang. Semoga kuat dalam memikul amanah yang diberikan. Ikhlas,Majlis Belia Negeri Pahang
TAHNIAH YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Ikhlas,Majlis Belia Negeri Pahang
5 Fakta Gajah Asia (Elephas Maximus)

“Elephant never forgets” Pernahkah anda dengar kata-kata ini? Tahukah anda bahawa gajah mempunya temporal lobus(ruang yang dikaitkan dengan memori Dan ingatan) yang lebih besar dan padat dari manusia Oleh itu, Gajah mempunyai daya ingatan yang luar biasa Di samping, gajah juga merupakan antara haiwan yang mamalia darat yang pintar dan mampu menunjukkan kecerdasan emosi yang […]
Selamat Menyambut Hari Deepavali

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia. Semoga hari raya Diwali ini kita dibebaskan dari kegelapan dan diberikan kelimpahan cahaya.
Kepentingan Gajah Terhadap Ekosistem

Gajah merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Liar 2010(Akta 716) di Semenanjung Malaysia dan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 di Sabah.Menurut kajian, populasi Gajah Asia di Malaysia hanya 1223 hingga 1677 individu sahaja pada tahun 2011.Antara punca populasi Gajah semakin menurun di Malaysia adalah kerana kehilangan habitat hutan/fragmentasi, konflik manusia-gajah dan […]
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Sabda Rasulullah S.A.W:“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali”. Riwayat Muslim Ikhlas,Majlis Belia Negeri Pahang
BELANJAWAN PAHANG 2023

Belanjawan Pahang 2023 bersama YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bertempat di Bilik Seminar 1,2,3 Pahang Skills Development Centre, Kuantan. Negara Stabil, Rakyat Sejahtera #majuteruspahang#Pahang1st#KitaBersama
BELANJAWAN PAHANG 2023

Ayuh warga Pahang, jangan lupa saksikan Belanjawan Pahang 2023 yang akan bersiaran langsung di laman Facebook saya pada Jumaat ini (7 Oktober 2022) jam 10.30 pagi. Ikuti pelbagai inisiatif yang bakal dibentangkan dalam Belanjawan Pahang kali ini untuk dimanfaatkan rakyat Pahang semua demi mencapai kesejahteraan bersama. “Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera” #MajuTerusPahang#Pahang1st#ThisisPahang
MBM MENYOKONG KETEGASAN PM DALAM KENYATAAN DI PBB

KENYATAAN MEDIA MBM MENYOKONG KETEGASAN PM DALAM KENYATAAN DI PBB Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong penuh kenyataaan negara yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob didalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di New York. Kenyataan YAB Perdana Menteri kepada sokongan tidak berbelah bahagi kepada Palestin dan menggelar Israel sebagai sebuah […]