TAHNIAH & SYABAS YB SENATOR DATUK MOHD RIDHWAN BIN MOHD ALI

Tahniah & Syabas YB Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali (Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka) diatas perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara. Satu pengiktirafan dan sejarah kepada golongan belia. “Semoga kuat dalam memikul amanah yang diberikan” Ikhlas,Presiden, Dewan Tertinggi & Jawatankuasa Majlis Belia Negeri Pahang

Lawatan kerja ke Majlis Belia Daerah Jerantut bagi melihat peralatan komputer yang disumbangkan oleh Syarikat Thetaedge

Lawatan kerja ke Majlis Belia Daerah Jerantut bagi melihat peralatan komputer yang disumbangkan oleh Syarikat Thetaedge.Syarikat Thetaedge telah menyumbangkan 100 biji komputer kepada Majlis Belia Negeri Pahang yang mana akan diwujudkan Hub Digital di 5 daerah terpilih di Negeri Pahang. Ini sebahagian daripada program ThetaCares, iaitu program CSR pihak syarikat kepada masyarakat.Hub Digital yang menjadi […]

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyempurnakan Pahang Hiking Day di Bukit Merah, Padang Piol, Jerantut

Menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyempurnakan Pahang Hiking Day di Bukit Merah, Padang Piol, Jerantut.Kerajaan Negeri melalui Tourism Pahang bersama Pejabat Daerah dan Tanah di Pahang telah menganjurkan acara `Pahang Hiking Day […]

Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Presiden Majlis Belia Malaysia selaku Presiden Majlis Belia Negeri Pahang

Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Presiden Majlis Belia Malaysia selaku Presiden Majlis Belia Negeri Pahang di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, hari ini. Majlis Mengadap adalah bagi mempersembahkan perkembangan pergerakan belia di Malaysia dan juga di Pahang kepada Kebawah Duli Tuanku […]

PANDUAN MENGHANTAR MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD)

PANDUAN MENGHANTAR MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) Berikut merupakan panduan menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang telah disediakan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk kegunaan persatuan-persatuan belia dalam menyediakan MYKD.       Salam Menggerak Belia! Pahang 1st Maju Terus Pahang!    

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

Selamat ulang tahun kelahiran Presiden Majlis Belia Malaysia merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Izzat Afifi Abd Hamid. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta teruskan perjuangan memartabatkan belia yang berada diluar sana, In Sya Allah. #MajuTerusPahang#Pahang1st#MenggerakBelia

MAJLIS PENYERAHAN 20 BIJI KOMPUTER DARIPADA WAKIL SYARIKAT THETAEDGE

Majlis penyerahan 20 biji komputer daripada wakil Syarikat Thetaedge, Tuan Wan Muhd Shukri kepada Majlis Belia Daerah Pekan di Pejabat Majlis Belia Daerah Pekan. Syarikat Thetaedge akan menyumbangkan 100 biji komputer kepada Majlis Belia Negeri Pahang yang mana akan diwujudkan Hub Digital di 5 daerah terpilih di Negeri Pahang. Ini sebahagian daripada program ThetaCares, iaitu […]