Setinggi-tinggi Tahniah kepada Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang atas pengurniaan Bintang Seri Setia Pengakap

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang atas pengurniaan Bintang Seri Setia Pengakap Darul Iman di Istana Syarqiyyah, Terengganu yang disempurnakan oleh KDYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Tahniah Kerajaan Negeri Pahang Atas Peruntukan Sebanyak RM3.45 Juta Pembelian 22 Traktor Bagi Tujuan Pertanian Di Negeri Pahang

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang menyumbangkan 22 unit Jentera (Traktor) kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang termasuk 44 unit implement yang bernilai RM3.45 juta. Pembelian traktor ini secara langsung membantu kerja-kerja lapangan berkaitan pertanian terutamanya petani yang memerlukan perkhidmatan membajak. Ini sedikit sebanyak membantu para petani dari golongan […]
Persidangan AiF 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Ayuh sertai Persidangan AiF 2022 yang akan diadakan secara maya pada : *Tarikh : 20 Oktober 2022 (Khamis)**Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari* Persidangan ini julung kali diadakan bagi mengetengahkan inisiatif Academy in Factory (AiF) yang akan meningkatkan pencapaian pendidikan serta melonjakkan produktiviti negara. Inisiatif ini membuka peluang kepada […]
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Majlis Belia Negeri Pahang mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Sabda Rasulullah S.A.W:“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali”. Riwayat Muslim Ikhlas,Majlis Belia Negeri Pahang
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2022 (HSN2022) PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

KUANTAN – 8 Oktober 2022 (Sabtu) – Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang di Ruang Legar Utama, Berjaya Megamall, Kuantan pada jam 11.00 pagi tadi. Turut […]
TAYANGAN LIVE PEBENTANGAN BELANJAWAN PAHANG 2023

KUANTAN – 7 Oktober 2022 (Jumaat) – Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Wakil Kerajaan Negeri Pahang, Pahang Skills Development Centre Dan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang telah melaksanakan satu tayangan ‘live’ Pembentangan Belanjawan Pahang 2023 di Pahang Skills Development Centre yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Turut […]
KENYATAAN MEDIA “BELANJAWAN NEGERI PAHANG 2023: NEGERI STABIL RAKYAT SEJAHTERA

KENYATAAN MEDIA Belanjawan Negeri Pahang 2023 : Negeri Stabil Rakyat Sejahtera Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2023. Dengan membawa tema “Negeri Stabil Rakyat Sejahtera” sememangnya bertepatan dengan […]
BELANJAWAN PAHANG 2023

Belanjawan Pahang 2023 bersama YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bertempat di Bilik Seminar 1,2,3 Pahang Skills Development Centre, Kuantan. Negara Stabil, Rakyat Sejahtera #majuteruspahang#Pahang1st#KitaBersama
BELANJAWAN PAHANG 2023

Ayuh warga Pahang, jangan lupa saksikan Belanjawan Pahang 2023 yang akan bersiaran langsung di laman Facebook saya pada Jumaat ini (7 Oktober 2022) jam 10.30 pagi. Ikuti pelbagai inisiatif yang bakal dibentangkan dalam Belanjawan Pahang kali ini untuk dimanfaatkan rakyat Pahang semua demi mencapai kesejahteraan bersama. “Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera” #MajuTerusPahang#Pahang1st#ThisisPahang

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) yakin perolehan tinggi melebihi RM1 billion oleh kerajaan negeri ini pastinya akan diterjemahkan dengan pelbagai program membantu rakyat. Presiden MBNP, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, kejayaan kutipan hasil itu mengangkat Pahang sebagai antara negeri maju setanding Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Berita penuh dihttps://malaysiagazette.com/2022/10/03/kutipan-hasil-tinggi-bukti-kerajaan-pahang-utamakan-rakyat-mbnp/