5 Fakta Menarik Penyu

Tahukah anda bahawa penyu merupakan salah satu haiwan yang penting dalam memastikan kesihatan ekosistem terumbu karang ?.Namun begitu, populasi spesies penyu di Malaysia semakin terancam berpunca daripada perbuatan manusia seperti pencemaran laut, penggunaan alatan memancing yang tidak lestari dan banyak lagi.

Ziarah Kasih Majlis Belia Negeri Pahang

KUANTAN, 26 April, 2022- Majlis Belia Negeri Pahang dengan jayanya telah mengadakan Ziarah Kasih ke Majlis Belia Daerah di Pahang diketuai oleh Setiausaha Agung MBNP, En Wan Hafizzul.Bermulanya dengan pemberian ziarah kasih ke Majlis Belia Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin pada hari Isnin, wakil delegasi MBNP meneruskan perjalanan ke Majlis Belia Daerah Maran, Bera, Temerloh, […]

Pelancaran Ziarah Kasih dan Kotak Kasih Majlis Belia Negeri Pahang

KUANTAN, 25 April 2022 – Program Ziarah Kasih Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Presiden MBNP, En Izzat Afifi bertempat di Universiti islam Pahang Sultan Ahmad Shah pada jam 2.30 petang tadi. Turut hadir bersama dalam pelancaran program adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, […]

Majlis Iftar Perdana Anak Muda Pahang

KUANTAN, 24 April 2022 – Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Dan Kelab Anak Muda Kuantan (KBK) dengan jayanya telah mengadakan program iftar perdana bersama anak-anak muda Pahang bertempat di Padang MBK 1 petang tadi.KDYMM Pemangku Raja Pahang turut mencemar duli ke majlis ini dan diiringi oleh YB Dato’ […]

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERIKANAN NEGERI PAHANG

KUANTAN, 21 APRIL 2022 – Majlis Belia Negeri Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, En Abdullah Bin Jaafar turut disertai pegawai-pegawai kanan perikanan.Pertemuan dua hala ini adalah bertujuan untuk membincangkan peluang-peluang yang boleh diceburi oleh golongan belia dalam bidang perikanan seperti penternakan, akuakultur dan juga pemprosesan makanan.Selain daripada […]

Belia Pahang sahut titah Pemangku Raja Pahang melestarikan alam sekitar

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menjunjung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan hari ini mengajak anak muda untuk bersama melestarikan alam sekitar sempena sambutan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun. Baginda bertitah, anak muda diharap dapat bersama menggalas tanggungjawab dengan bertindak […]

Selamat Hari Bumi 2022

Majlis Belia Negeri Pahang ingin mengucapkan Selamat Hari Bumi 2022.Perubahan iklim telah menyebabkan banyak perubahan ketara yang dapat dilihat di muka bumi seperti pencairan ais glasier di kutub dan peningkatan suhu bumi dan banyak lagi.Amalkan perkara-perkara mudah yang anda boleh lakukan dalam kehidupan seharian dengan amalan-amalan di atas dan turut sama-sama membantu dan #InvestInOurPlanet !

Salam Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran 19 April 2022 Bersamaan 17 Ramadan 1443H Ikhlas,Presiden, Dewan Tertinggi & JawatankuasaMajlis Belia Negeri Pahang