Mesyuarat Tahunan Majlis Belia India Malaysia Negeri Pahang 2022

KUANTAN, 21 Mei 2022 – Mesyuarat Tahunan Majlis Belia India Malaysia Negeri Pahang yang berlangsung di Pickles & Masala Empire, Kuantan. Mesyuarat disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Balasubramaniam (Ahli Dewan Negara). Turut hadir sama Majlis Belia Negeri Pahang.

Bertemu dengan Youth Force Vietnam di United Nations (UN) Vietnam

Hari terakhir di Hanoi bertemu dengan Youth Force Vietnam di United Nations (UN) Vietnam. Turut sama dalam pertemuan ini, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Izzat Afifi bin Abd Hamid, Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Pahang, Mohd Nur Zulfardli bin Mat Daud dan Pengerusi Youth Force Vietnam, Ms. Dao Ngoc Phuong Linh bersama jawatankuasanya. Pertemuan ini […]

Ziarah Kasih Majlis Belia Negeri Pahang menziarahi YB. Dato’ Abd Rahim Bin Muda

Ziarah kasih Majlis Belia Negeri Pahang menziarahi YB. Dato’ Abd Rahim Bin Muda, Exco Kerajaan Negeri Pahang mengalami masalah kesihatan di kediaman beliau di Beserah. Keadaan kesihatan Dato’ semakin baik dan In Sya Allah akan kembali pulih seperti sediakala. Kami dari MBNP sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kesejahteraan Dato’ dan seisi keluarga.

Penutupan Operasi Pejabat Sempena Hari Raya Aidilfitri

Penutupan Operasi Pejabat Sempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis Belia Negeri Pahang mohon memaklumkan bahawa pejabat MBNP akan menutup operasi sempena Hari Raya Aidilfitri pada 2 hingga 6 Mei 2022. Pejabat akan beroperasi semula pada 9 Mei 2022 (Isnin)

Ziarah Kasih Majlis Belia Negeri Pahang

KUANTAN, 26 April, 2022- Majlis Belia Negeri Pahang dengan jayanya telah mengadakan Ziarah Kasih ke Majlis Belia Daerah di Pahang diketuai oleh Setiausaha Agung MBNP, En Wan Hafizzul.Bermulanya dengan pemberian ziarah kasih ke Majlis Belia Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin pada hari Isnin, wakil delegasi MBNP meneruskan perjalanan ke Majlis Belia Daerah Maran, Bera, Temerloh, […]

Pelancaran Ziarah Kasih dan Kotak Kasih Majlis Belia Negeri Pahang

KUANTAN, 25 April 2022 – Program Ziarah Kasih Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Presiden MBNP, En Izzat Afifi bertempat di Universiti islam Pahang Sultan Ahmad Shah pada jam 2.30 petang tadi. Turut hadir bersama dalam pelancaran program adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, […]

Majlis Iftar Perdana Anak Muda Pahang

KUANTAN, 24 April 2022 – Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Dan Kelab Anak Muda Kuantan (KBK) dengan jayanya telah mengadakan program iftar perdana bersama anak-anak muda Pahang bertempat di Padang MBK 1 petang tadi.KDYMM Pemangku Raja Pahang turut mencemar duli ke majlis ini dan diiringi oleh YB Dato’ […]

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERIKANAN NEGERI PAHANG

KUANTAN, 21 APRIL 2022 – Majlis Belia Negeri Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, En Abdullah Bin Jaafar turut disertai pegawai-pegawai kanan perikanan.Pertemuan dua hala ini adalah bertujuan untuk membincangkan peluang-peluang yang boleh diceburi oleh golongan belia dalam bidang perikanan seperti penternakan, akuakultur dan juga pemprosesan makanan.Selain daripada […]

Belia Pahang sahut titah Pemangku Raja Pahang melestarikan alam sekitar

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menjunjung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan hari ini mengajak anak muda untuk bersama melestarikan alam sekitar sempena sambutan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun. Baginda bertitah, anak muda diharap dapat bersama menggalas tanggungjawab dengan bertindak […]